Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Citer ni berlaku semalam semasa aku nak sambung kelas blog pada jam 8.30 malam. Tengah duk syok tunggu pak guard kompleks belia datang buka pintu pusat cyber, adalah seorang cikgu tuisyen tu tiba-tiba datang dan tanya aku, "awak form brape??? "form 5 ke??? aku terkejut dan tak tahu nak jawab pe. Lepas tu aku bagitau la yang aku ni ada kursus blog kat situ, tp dia tanya balik aku soalan yang sama. Hai cikgu ni pekak ke? mentang-mentang la aku ni kecik macam budak sekolah. Semua orang yang ada kat situ pandang aku. Student-student blog's terus gelak...ee malu aku dibuatnye. Cikgu tuisyen tu pun satu, nak tunjuk garam la kononnye tu, rupa-rupanya dia silap orang. Ingat aku student dia la tu. Huhuhu.....masuk je kelas terus student panggil aku BuDaK SeKoLaH...menganjing betul la budak-budak ni....Apa-apa pun aku happy dengan kelas semalam. Walaupun kepala student tu giler-giler tapi diorang cepat pandai dan faham ape yang di ajar...Blog yang diorang buat pun boleh tahan jugaklah, cantik dan memenuhi kreteria pertandingan blog yang dianjurkan oleh Pejabat belia. Aku harap mereka tidak berhenti di situ sahaja dan sentiasa aktif. Pada Hanif and Haikal, korang memang kreatif la...tapi sayang sangat sebab umur mereka tak cukup syarat nak masuk pertandingan.


30 Julai 2010 - Aku dan Kak Iela ditugaskan untuk mengajar blog's Pusat Cyber kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman. Pelajar yang menyertai kelas hari ini cuma 6 orang sahaja. Pada malamnya pula hanya tinggal 4 orang sahaja student yang setia menunggu. Sedih juga kerana tidak mendapat sambutan dari golongan belia. Rugi kepada sesiapa yang tidak menyertainya kerana di sini kami mengajar asas membina laman blog's daripada awal sehinggalah untuk mengubahsuai blog menggunakan code dari internet.


Untuk maklumat lanjut layari www.beliakemaman.com.my/vl
atau www.mzf.com.my/v1


Gambar ni aku ambik masa kenduri kahwin rumah Mahani bulan lepas. Gambar ni saje yang sempat aku ambik sebab suasana dalam rumah pengantin tu panas sangat. Cantikkan pelamin dan kek dia...


To MaHaNi 'Selamat Pengantin Baru'
Jumaat 28 dan 29 Mei 2010 yang lalu aku menghadiri kursus kahwin. Tidak dapat aku nafikan bahawa kursus itu memberi banyak manfaat dan faedah kepada kita. Tetapi pagi itu semasa dalam perjalanan pergi ke Pejabat Agama aku dan adikku Nor telah diekori oleh orang kurang siuman. Aku dan Nor betul-betul takut dan terkejut. Disebabkan orang itu tidak berhenti-henti mengekori aku dan Nor membuatkan darah aku naik. Aku memarahinya, lantas dia melarikan diri. Syukur kerana perkara itu tidak berlarutan. Tengaharinya pula selipar aku pakai dan baru dibeli putus. Tension betul aku hari itu. Mujur kawanku Sue mengajak aku dan Nor menaiki keretanya semasa balik.....
Segalanya bermula apabila aku melihat seorang pelanggan mzf cc mencetak tawaran kemasukan ke tingkatan 6, aku sekadar suka-suka cuba berbuat demikian juga. Dengan pantas aku membuka laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan terus memasukan No k/p adik lelaki aku iaitu Khairi.. Selepas itu perkataan tahniah yang menyatakan anda ditawarkan ke tingkatan 6 tertera di skrin computer. Aku tanpa membuang masa terus mencetak tawaran tersebut. Cuti hari minggu lepas aku serahkan surat tawaran tersebut kepada Khairi. Ternyata tawaran itu menyebabkannya menjadi tertekan. Timbul konflik antara Khairi dan Mamaku. Mamaku menyuruhnya memasuki tingkatan 6 terlebih dahulu sebelum menerima tawaran dari mana-mana institusi pengajian lain. Sikap Khairi yang degil tidak mahu ke sekolah lagi menyebabkan ibu ku marah. Khairi memang anak yang rapat dan manja dengan mama ku. Dia juga merupakan anak yang paling comel dalam keluarga . Di sekolah khairi menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan. Sikapnya yang tidak nakal dan tidak banyak kerenah menjadikan keluarga senang dengannya. Keadaan tegang berlarutan selama 2 hari. Aku memujuknya agar memasuki terlebih dahulu ke tingkatan 6, jika dapat tawaran lain aku akan menolongnya membuat surat berhenti sekolah. Akhirnya Khairi mengalah dan hari sabtu itu juga aku menemaninya membeli pakaian dan kasut sekolah. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan khairi pada hari pertama memasuki tingkatan 6. Aku menelefonnya petang ahad lalu bertanyakan khabarnya. Dia menyatakan hanya ada 4 orang pelajar lelaki dalam kelasnya. Aku menyuruhnya supaya bersabar. Form 6 mengingatkan aku kembali pada zaman persekolahan aku dulu. Aku juga merupakan pelajar form 6 dan mengambil peperiksaan STPM. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang aku di sana….

Salam, dah lama aku tak update blog ni. Semalam barulah sibukan diri belajar tukar layout baru. Ni pun pening kepala nak pilih mana satu yang lawa....ha3 akhir pilih yang ini.... nampak simple kan...masa balik rumah hari tu kebetulan ada pertandingan layang-layang berhampiran tempat tinggal ku. Adik aku sibuk menyiapkan beberapa jenis wau...Aku sempat mengambil beberapa gambar tersebut..