Jumaat 28 dan 29 Mei 2010 yang lalu aku menghadiri kursus kahwin. Tidak dapat aku nafikan bahawa kursus itu memberi banyak manfaat dan faedah kepada kita. Tetapi pagi itu semasa dalam perjalanan pergi ke Pejabat Agama aku dan adikku Nor telah diekori oleh orang kurang siuman. Aku dan Nor betul-betul takut dan terkejut. Disebabkan orang itu tidak berhenti-henti mengekori aku dan Nor membuatkan darah aku naik. Aku memarahinya, lantas dia melarikan diri. Syukur kerana perkara itu tidak berlarutan. Tengaharinya pula selipar aku pakai dan baru dibeli putus. Tension betul aku hari itu. Mujur kawanku Sue mengajak aku dan Nor menaiki keretanya semasa balik.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment