Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Citer ni berlaku semalam semasa aku nak sambung kelas blog pada jam 8.30 malam. Tengah duk syok tunggu pak guard kompleks belia datang buka pintu pusat cyber, adalah seorang cikgu tuisyen tu tiba-tiba datang dan tanya aku, "awak form brape??? "form 5 ke??? aku terkejut dan tak tahu nak jawab pe. Lepas tu aku bagitau la yang aku ni ada kursus blog kat situ, tp dia tanya balik aku soalan yang sama. Hai cikgu ni pekak ke? mentang-mentang la aku ni kecik macam budak sekolah. Semua orang yang ada kat situ pandang aku. Student-student blog's terus gelak...ee malu aku dibuatnye. Cikgu tuisyen tu pun satu, nak tunjuk garam la kononnye tu, rupa-rupanya dia silap orang. Ingat aku student dia la tu. Huhuhu.....masuk je kelas terus student panggil aku BuDaK SeKoLaH...menganjing betul la budak-budak ni....Apa-apa pun aku happy dengan kelas semalam. Walaupun kepala student tu giler-giler tapi diorang cepat pandai dan faham ape yang di ajar...Blog yang diorang buat pun boleh tahan jugaklah, cantik dan memenuhi kreteria pertandingan blog yang dianjurkan oleh Pejabat belia. Aku harap mereka tidak berhenti di situ sahaja dan sentiasa aktif. Pada Hanif and Haikal, korang memang kreatif la...tapi sayang sangat sebab umur mereka tak cukup syarat nak masuk pertandingan.


30 Julai 2010 - Aku dan Kak Iela ditugaskan untuk mengajar blog's Pusat Cyber kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman. Pelajar yang menyertai kelas hari ini cuma 6 orang sahaja. Pada malamnya pula hanya tinggal 4 orang sahaja student yang setia menunggu. Sedih juga kerana tidak mendapat sambutan dari golongan belia. Rugi kepada sesiapa yang tidak menyertainya kerana di sini kami mengajar asas membina laman blog's daripada awal sehinggalah untuk mengubahsuai blog menggunakan code dari internet.


Untuk maklumat lanjut layari www.beliakemaman.com.my/vl
atau www.mzf.com.my/v1