Citer ni berlaku semalam semasa aku nak sambung kelas blog pada jam 8.30 malam. Tengah duk syok tunggu pak guard kompleks belia datang buka pintu pusat cyber, adalah seorang cikgu tuisyen tu tiba-tiba datang dan tanya aku, "awak form brape??? "form 5 ke??? aku terkejut dan tak tahu nak jawab pe. Lepas tu aku bagitau la yang aku ni ada kursus blog kat situ, tp dia tanya balik aku soalan yang sama. Hai cikgu ni pekak ke? mentang-mentang la aku ni kecik macam budak sekolah. Semua orang yang ada kat situ pandang aku. Student-student blog's terus gelak...ee malu aku dibuatnye. Cikgu tuisyen tu pun satu, nak tunjuk garam la kononnye tu, rupa-rupanya dia silap orang. Ingat aku student dia la tu. Huhuhu.....masuk je kelas terus student panggil aku BuDaK SeKoLaH...menganjing betul la budak-budak ni....Apa-apa pun aku happy dengan kelas semalam. Walaupun kepala student tu giler-giler tapi diorang cepat pandai dan faham ape yang di ajar...Blog yang diorang buat pun boleh tahan jugaklah, cantik dan memenuhi kreteria pertandingan blog yang dianjurkan oleh Pejabat belia. Aku harap mereka tidak berhenti di situ sahaja dan sentiasa aktif. Pada Hanif and Haikal, korang memang kreatif la...tapi sayang sangat sebab umur mereka tak cukup syarat nak masuk pertandingan.


0 comments:

Post a Comment