Segalanya bermula apabila aku melihat seorang pelanggan mzf cc mencetak tawaran kemasukan ke tingkatan 6, aku sekadar suka-suka cuba berbuat demikian juga. Dengan pantas aku membuka laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan terus memasukan No k/p adik lelaki aku iaitu Khairi.. Selepas itu perkataan tahniah yang menyatakan anda ditawarkan ke tingkatan 6 tertera di skrin computer. Aku tanpa membuang masa terus mencetak tawaran tersebut. Cuti hari minggu lepas aku serahkan surat tawaran tersebut kepada Khairi. Ternyata tawaran itu menyebabkannya menjadi tertekan. Timbul konflik antara Khairi dan Mamaku. Mamaku menyuruhnya memasuki tingkatan 6 terlebih dahulu sebelum menerima tawaran dari mana-mana institusi pengajian lain. Sikap Khairi yang degil tidak mahu ke sekolah lagi menyebabkan ibu ku marah. Khairi memang anak yang rapat dan manja dengan mama ku. Dia juga merupakan anak yang paling comel dalam keluarga . Di sekolah khairi menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan. Sikapnya yang tidak nakal dan tidak banyak kerenah menjadikan keluarga senang dengannya. Keadaan tegang berlarutan selama 2 hari. Aku memujuknya agar memasuki terlebih dahulu ke tingkatan 6, jika dapat tawaran lain aku akan menolongnya membuat surat berhenti sekolah. Akhirnya Khairi mengalah dan hari sabtu itu juga aku menemaninya membeli pakaian dan kasut sekolah. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan khairi pada hari pertama memasuki tingkatan 6. Aku menelefonnya petang ahad lalu bertanyakan khabarnya. Dia menyatakan hanya ada 4 orang pelajar lelaki dalam kelasnya. Aku menyuruhnya supaya bersabar. Form 6 mengingatkan aku kembali pada zaman persekolahan aku dulu. Aku juga merupakan pelajar form 6 dan mengambil peperiksaan STPM. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang aku di sana ….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment